Malaysian Indians Today

Education,Community,Politics,Religion,Philosophy

JOINT STATEMENT BY PKR, DAP and PAS

Posted by chaanakyan on March 20, 2008

PAS, KeADILan, DAP setuju erat kerjasama, Wan Azizah Ketua Pembangkang

Dalam satu keputusan bersejarah malam tadi, para pemimpin KeADILan, PAS dan DAP bersetuju untuk membentuk satu barisan yang lebih padu bagi memenuhi tuntutan sebuah ‘kerajaan menunggu’ di peringkat Pusat dan negeri-negeri.

Sehubungan itu, parti-parti terbabit juga sebulat suara bersetuju mencadangkan Presiden KeADILan, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia sehinggalah Ketua Umum KeADILan, Dato Seri Anwar Ibrahim layak bertanding untuk kerusi Parlimen.

Berikut disiarkan kenyataan penuh tiga perenggan pemimpin-pemimpin parti terbabit:

Adalah diumumkan bahawa kami Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Ustaz Abdul Hadi Awang pagi pihak Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bersetuju dalam satu pertemuan pada malam 18 Mac 2008 bahawa hasrat rakyat sebagaimana yang ditunjukkan dalam pilihanraya ke-12 baru-baru ini perlulah dihormati dan dilaksanakan oleh kami dan parti-parti kami.

Kami bersetuju bahawa kerjasama yang lebih erat perlu dipertimbangkan dengan serius dengan mengambil kira hasrat rakyat untuk mewujudkan kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri yang baru dan boleh membawa perubahan-perubahan besar kepada rakyat.

Kami juga bersetuju mencadangkan YB Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Keadilan Rakyat, iaitu parti pembangkang terbesar di Parlimen ke-12, sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia yang baru, sehingga Dato Seri Anwar Ibrahim layak bertanding untuk kerusi Parlimen

Anwar Ibrahim
Lim Kit Siang
Ustaz Abdul Hadi Awang – tajdid

Source:Harakah Daily

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: